LALUAN
- Laluan tidak ditutup untuk kenderaan. Terdapat kereta dan motosikal lalu - lalang di laluan jual beli.
- Penduduk berbangsa Cina yang tinggal berhampiran kebiasaannya menggunakan kenderaan tersebut.
- Laluan menghubungkan semua gerai; pengguna laluan di sesuatu tempat terdiri dari pelbagai kaum.
- Tempat makan peniaga berbangsa Cina yang mengganggu laluan menyebabkan laluan tersebut hanya dilalui bangsa Cina.
RUANG MELETAK KENDERAAN
- Terdapat ruang meletak kereta berhampiran pasar malam; berbayar dan tidak berbayar.
- Di persimpangan jalan di pasar malam terdapat tempat meletak motosikal.
- Pengguna tempat meletak kenderaan di pasar malam bercampur dari semua kaum.
- Tempat letak kenderaan berhampiran dengan tempat makan peniaga Cina kebanyakannya digunakan oleh bangsa Cina.
RUANG MAKAN
- Kebanyakan ruang makan di kendalikan oleh kaum cina yang banyak membuka gerai-gerai kecil berdekatan dengan tempat tinggal
masing-masing.
- Makanan cina menjadi hidangan utama kerana kebanyakan pelanggan adalah kaum cina.
- Gerai-gerai ini beroperasi secara berkelompok namun terdapat juga yang membuka gerai di kawasan perumahan.
- Keadaan ini menimbulkan keadaan yang sesak apabila orang ramai keluar untuk berbelanja.
- Gerai-gerai disusun dengan teratur untuk memudahkan pengusaha mengurus gerai.
RUANG JUALAN
- Ruang jualan bergantung kepada saiz perniagaan peniaga yang terlibat.
- Jenis perniagaan juga mempengaruhi ruang jualan bagi sesuatu perniagaan.
- Keseluruhan peniaga menjalankan perniagaan di bahu jalan bagi memudahkan urusan jual beli dengan pelanggan.
- Kaum cina banyak menggunakan ruang yang besar untuk tujuan membuka gerai.Mereka juga turut menggunakan perkarangan
rumah untuk membuka gerai makanan.
- Bagi peniaga melayu dan india muslim mereka menjalankan perniagaan di sepanjang bahu jalan kerana mereka tidak memerlukan
ruang yang besar untuk berurusan dengan pelanggan.
- Walaupun terdapat perbezaan dari segi ruang jualan rata-rata peniaga tidak menghadapi masalah untuk menjalankan perniagaan
masing-masing.
JENIS JUALAN
- Pada umumnya terdapat pelbagai jenis jualan yang diniagakan di pasar malam.
- Namun terdapat perbezaan jenis jualan mengikut kaum yang menjalankan perniagaan disini.
- Biasanya kaum melayu akan mengusahakan gerai makanan ringan, minuman, buku-buku keagamaan dan sebagainya.
- Kaum cina pula banyak menjalankan perniagaan menjual peralatan elektronik, aksesori, telefon bimbit, pakaian dewasa dan
kanak-kanak.
- Bagi golongan india muslim pula mereka menjual makanan seperti murtabak, nasi kandar, ayam percik dan sebagainya.
|